Ad Code

Responsive Advertisement

Syahidah Reem Al-Riyashi

 


HARI INI DALAM SEJARAH

🌹 14 Januari 2004

Pada hari ini 20 tahun yang lalu kita mengingati ulang tahun kesyahidan anggota Briged Al-Qassam, Asy-Syahidah Reem Al-Riyashi, dari kejiranan Al-Zaytoun di Gaza. Dia melakukan operasi keperwiraan (syuhada' bomber) di pusat pemeriksaan Erez, mengakibatkan pembunuhan 4 tentera Zionis dan kecederaan 10 yang lain.

Hamas dan Briged Syahid Al-Aqsa mendakwa bahawa serangan oleh Riyashi adalah operasi bersama yang dilakukan sebagai tindak balas terhadap minggu pencerobohan Israel ke bandar-bandar Tebing Barat yang telah menyebabkan kira-kira 25 rakyat Palestin terbunuh.

Reem menemui syahid ketika usianya seawal 22 tahun dan mempunyai suami serta 2 orang anak.
Beliau berasal daripada keluarga yang kaya dan sangat mementingkan agama. Reem juga merupakan seorang pelajar yang sangat cemerlang dalam jurusan sains.
Tiada siapa pun ketika itu dapat membayangkan seorang wanita muda dan seorang ibu serta isteri sangat mencintai perjuangan Islam dan memilih untuk syahid mempertahankannya.

Reem adalah lambang keberanian dan kekuatan muslimah Palestin. Suaminya, Ziyad Awwad berkata: "Reem individu yang sangat luar biasa." Ziyad sendirilah yang menghantar Reem untuk pergi berjuang buat kali terakhirnya sebelum syahid. Reem seorang yang taat pada suaminya dan memohon keizinan daripada Ziyad untuk berjuang dan diizinkannya.

Cita-citanya untuk beroleh syahid bermula sejak dari bangku sekolah lagi apabila mata kepalanya sendiri menyaksikan kematian demi kematian rakyat Palestin dan kezaliman demi kezaliman yang dilakukan Zionis. Tekadnya itu berterusan sehingga berjaya menganggotai Al Qassam. Jalan perjuangannya sangat indah dan tidak semua orang sanggup melakukannya. Hanya mereka yang benar-benar tinggi keimanannya dan besar cita-cita syahidnya sahaja yang mampu melakukan. Reem memilih untuk menyertai Operasi Amaliyah Istisyhadiah. Tugas itu kali pertama dan mungkin yang terakhir dilakukan oleh pejuang wanita Al-Qassam. Reem menawarkan dirinya sendiri untuk posisi itu. Walaupun pada awalnya ditolak, Reem berkali-kali mendesak supaya diterima sehinggalah berjaya ditempatkan di posisi itu. Tanggal 14 Januari 2004, syahidlah beliau. Aksi itu mengejutkan dunia dan memberi tamparan hebat kepada semua pihak. Antara wasiatnya: "Aku dambakan untuk bertemu Allah sebagai syahidah dan kedua anak yang aku sayangi ini aku serahkan kepada Allah untuk menjaganya." Kata Syeikh Yusuf Al Qaradhawi: "Penyertaan wanita dalam perjuangan di Palestin selepas yahudi menjajah tanah suci ini adalah tuntutan yang sangat besar. Kematian wanita dalam perjuangan juga adalah kemuliaan sebaris mujahidin. Syahid mereka juga diberkati Allah." Kredit: Qassam Malaysia
t.me/hadispalestin



Post a Comment

0 Comments