Ad Code

Responsive Advertisement

Abdul Karim al Khatabbi Sang Panglima Terowongan


ABD KARIM AL-KHATTABI, SANG PENGILHAM TEROWONG HO CHI MINH & MUHAMAD DEIF (Part 1)

Muhamad Abd Karim al-Khattabi adalah pejuang kemerdekaan Wilayah Rif, Maghribi (Maroko kini).

Beliau adalah bapa perang gerila yang menjadi inspirasi kepada Che Guevara.

Jom kita ikuti kehebatan beliau. 🧵

Al-Khattabi dilahirkan pada tahun 1882 di Agdir, Maghribi. Beliau memulakan pengajiannya di Tetouan, kemudian melanjutkannya di Universiti Qurawiyyin (Uni. tertua di dunia).

Di dalam masa yang sama beliau juga mendapat Pendidikan Sepanyol serta fasih berbahasa Latin.

Berkat kegigihan beliau, al-Khattabi berjaya dilantik sebagai penterjemah Bahasa Latin-Arab di Melila (Wilayah Sepanyol di Maghribi).

Di sana beliau berkhidmat sesuai dengan kepentingan Sepanyol.

Ketika ini beliau masih lagi mengamalkan diplomasi baik dengan penjajah.

ABD KARIM AL-KHATTABI, SANG PENGILHAM TEROWONG HO CHI MINH & MUHAMAD DEIF (Part 2)

Titik perubahan diplomasi 'lembut' bersama Penjajah Sepanyol berubah pada tahun 1915 (WW1), apabila beliau ditangkap.

Sebabnya Sepanyol didesak oleh Perancis untuk menangkap al-Khattabi yang dikatakan membawa kepentingan Jerman di Maghribi.

Sewaktu al-Khattabi meringkuk di dalam penjara penjajah, ayah dan adik beliau sudah membina satu kekuatan untuk lawan penjajah di Waryaghal.

Selepas beliau bebas, ditakdirkan ayah beliau meninggal. Lalu, al-Khattabi lah yang memegang tampuk pimpinan.

Beliau berumur 40-an.

Pada 1921, bermulalah pertempuran Rakyat Rif yang diketuai al-Khattabi dengan Penjajah Sepanyol.

Sepanyol menghantar tentera seramai 60,000.

Pada Jun, Sepanyol mendapat kekalahannya yang pertama.


ABD KARIM AL-KHATTABI, SANG PENGILHAM TEROWONG HO CHI MINH & MUHAMAD DEIF (Part 3)

Selepas itu, al-Khattabi telah menggerakkan pasukannya ke Daerah Anwal, beliau telah mendapat kejayaan yang besar & amat gemilang.

Sehinggakan General Silvester (Sepanyol) bunuh diri kerana malu yang amat.

3 minggu selepas itu Sepanyol kehilangan sebanyak 13K tentera.

Selepas kejayaan gemilang al-Khattabi, beliau telah isytihar merdeka dan menubuhkan Negara Republik Rif pada September 1921. Beliau menjadi presidennya yang pertama.

Baki 60,000 tentera penjajah yang masih hidup telah larikan diri ke Daerah Melila.

Disebabkan kekalahan yang teruk dialami oleh Penjajah Sepanyol, telah memaksa untuk Perancis untuk masuk campur.

Selama 10 bulan al-Khattabi telah melawan kuasa besar dunia ketika itu.

Perancis juga menggunakan taktik kotor: Senjata Kimia kepada rakyat awam.

ABD KARIM AL-KHATTABI, SANG PENGILHAM TEROWONG HO CHI MINH & MUHAMAD DEIF (Finale)

Tanggal 26 Mei 1926, Abd Karim al-Khattabi terpaksa menyerah diri dihadapan Kuasa Besar Dunia yang menggunakan taktik kotor & kejam.

Beliau telah dibuang negara ke Perancis, seterusnya menetap di Kaherah.

Di Kaherah, beliau telah berhubung dengan Ho Chi Minh, bahkan beliau telah mengarahkan tentera Maghribi untuk pergi ke Viet Minh.

Beliau juga menjadi Mentor kepada perjuangan kemerdekaan bagi Algeria dan dianggap sebagai Bapa Kemerdekaan bagi Wilayah Arab di Afrika Utara.

Beliau juga menjadi inspirasi kepada Taktik Perang Gerila di Vietnam, Cuba, Algeria & kini di Gaza!

Taktik beliau dikaji dengan mendalam oleh musuh-musuh Islam, khususnya Badan Pemikir RAND Corp.

Sungguh Dunia Islam tidak lokek dengan tokohnya.

Moga Allah rahmati al-Khattabi!
__________
Sumber: Unit Kajian Hadis Palestin
t.me/hadispalestin









Post a Comment

0 Comments