Umar Ashour, seorang profesor pengajian keselamatan dan ketenteraan di Doha Institute for Graduate Studies, telah bercakap dengan Al-Jazeera tentang bagaimana prestasi sayap bersenjata Hamas, Briged Al-Qassam sejak tujuh bulan lalu telah mengejutkan ramai penganalisis tentera.
Berikut adalah ringkasan analisis beliau:
- Briged Al-Qassam amat kekurangan dari sudut kemampuan dalam semua domain: laut, udara dan darat - serta peperangan elektronik dan siber.
- Rangkaian terowong menyediakan dua daripada tiga elemen yang diperlukan untuk keberkesanan pertempuran: perlindungan daripada artileri dan serangan udara dan mobiliti kerana talian komunikasi darat masih bersambung.
- Ramai pejuang Hamas bertahan, dan Zionis Israel hanya dapat membunuh seorang daripada tiga komander tertingginya.
- Jika Zionis Israel mahu mencapai matlamatnya untuk memusnahkan Hamas, perjuangan itu akan mengambil masa yang lebih lama daripada jangkaan tentera Zionis Israel, dan ia kemungkinan mustahil.
Sumber: Al-Jazeera
0 Comments