Ad Code

Responsive Advertisement

Lelaki Zionis Ditangkap di Malaysia

 


Lelaki Israel, Avitan Shalom yang didakwa miliki enam pistol dan peluru di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur hari ini mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan setelah pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.

“Saya faham tuduhan, tidak bersalah,” ujar Shalom.

Suspek yang memasuki negara ini dengan menggunakan passport Perancis telah didakwa memiliki enam pistol jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 158 peluru di sebuah Hotel Four Seasons, Kuala Lumpur pada 26 hingga 28 Mac.

Berdasarkan pertuduhan, Shalom dihadapkan pertuduhan mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada enam kali, jika disabit kesalahan.

======
Peguam yang mewakili Avitan Shalom, lelaki Israel yang didakwa berkaitan pemerdagangan senjata api dan pemilikan peluru, enggan menjawab persoalan bagaimana beliau boleh mewakili tertuduh.

Peguam Navinjit Singh ditanya pemberita sama ada terdapat pihak yang menghubunginya atau firma guamannya bagi mewakili Avitan yang didakwa mengikut Seksyen gagal 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) dan 8(1) Akta Senjata 1960.

Bagaimanapun peguam itu yang ditemui selepas prosiding pendakwaan berkata beliau tidak boleh mendedahkan perkara berkenaan. Selain Navinjit, Avitan turut diwakili peguam Jeffrey Ooi.

Sumber: Buletin TV3
t.me/duniapalestin
======

Sumber: TV Pertiwi


Post a Comment

0 Comments