Ad Code

Responsive Advertisement

Maklumat Berkenaan Peringatan Tiga Tahun Air Bah Al-Aqsa_7.10.26

 

Maklumat Pers Menyurat Berkenaan Peringatan Tiga Tahun Air Bah Al-Aqsa: Tanggal 7 Oktober 2023 Ialah Suatu Babak yang Bersejarah dalam Perjuangan Kita yang Tiada Putusnya, Judul daripada Hikayat Kebangsaan yang Maha Mulia, dan Perlawanan Itu Ialah Hak Hakiki yang Sah Sampai Membinasakan Penjajahan serta Memerdekakan Tanah Air dan Tempat-Tempat Suci Kita

Pada hari yang bersejarah ini, 7 Oktober 2023, dalam memperingati pertempuran yang gagah berani, Air Bah Al-Aqsa, segala arti kepahlawanan, keteguhan hati, dan ukhwah kebangsaan telah nyata kelihatan di atas bumi Gaza yang mulia. Hal ini memperdengarkan seruan kaum kita yang teraniaya ke seluruh pelosok alam, setelah berpuluh-puluh tahun lamanya diabaikan dan dimasukkan ke dalam siasat penjajahan yang bermaksud hendak melenyapkan perjuangan kita serta hak asal kita untuk menetapkan nasib sendiri.

Pada hari yang mulia dalam tawarikh kaum kita ini, Harakah Perlawanan Islam (Hamas) menetapkan perkara-perkara yang tersebut di bawah ini:

Pertama: Kami berdiri dengan penuh izzah dan marwah di hadapan kebesaran, ketetapan iman, dan pengorbanan anak-anak Palestina; mereka yang tetap teguh, sungguhpun menanggung azab sengsara yang amat sangat, dan tiada sekali-kali melemahkan niat hendak merdeka dan melepaskan diri daripada belenggu penjajahan. Mereka merasa megah akan keberanian para pendekar kemerdekaan mereka, istimewa pula daripada Asykar Al-Qassam dan segala golongan perlawanan, yang telah menghancurkan dongeng tentang tentara yang kononnya tak dapat dikalahkan. Perjuangan ini bersendikan sokongan kaum kita dan hak kita yang kukuh untuk melawan penjajahan yang menindas tanah air serta tempat-tempat suci kita.

Pada hari yang mulia ini, kami menyampaikan puji-pujian kepada kaum Palestina kami yang mulia di Jalur Gaza, Tepi Barat, dan Baitul Muqaddis, yang telah berdiri dan tetap berdiri kokoh menentang segala siasat pengusiran dan pemusnahan bangsa. Pemandangan yang gagah berani tatkala kaum kita berbondong-bondong kembali serta-merta ke rumah-rumah mereka dan ke atas reruntuhan kampung halaman mereka, ialah dalil yang nyata akan kecintaan mereka yang amat dalam kepada tanah airnya dan penolakan mereka terhadap segala maksud pemindahan paksa. Hal ini menjadi suatu warkah (pesan) yang tegas kepada Kaum Penjajah serta sekutunya, bahwasanya tanah itu ialah kepunyaan empunya yang sah dan terhormat.

Kedua: Bahwasanya Air Bah Al-Aqsa itu terbit sebagai balasan yang patut dan menjadi puncak daripada penderitaan yang pahit selama berpuluh-puluh tahun lamanya, yang didatangkan oleh penjajahan melalui aniaya, kepungan yang menyempitkan haluan hidup, pembunuhan yang berencana, perampasan hak, serta muslihat yang bertujuan hendak meng-Yahudikan tanah air dan tempat-tempat suci kami. Demikian pula atas usaha mereka hendak memaksakan kuasa atas Masjid Al-Aqsa yang Berkat, serta perbuatan yang melanggar kehormatan anak-anak kaum kita yang ditawan dengan gagah berani.

Semangat Air Bah Al-Aqsa akan tetap hidup dalam ingatan kaum dan umat kita, sentiasa diperbarui dengan jalan memegang teguh asas-asas kita dan membela hak-hak kita yang sah. Usaha penindas serta penolongnya untuk menggambarkan pertempuran ini seolah-olah baru bermula pada 7 Oktober semata-mata, ialah suatu perbuatan memutar balikkan kenyataan dan asal mula perkara yang sebenarnya. Perselisihan dengan musuh tiadalah bermula pada hari itu, karena babak yang penghabisan belumlah lagi tersurat.

Ketiga: Masa tiga tahun yang lalu telah menelanjangkan sifat asli penjajah yang zalim ini beserta tabiat kejamnya yang tiada berperi kemanusiaan. Ia telah menyalakan peperangan pemusnahan bangsa dan melakukan pembantaian yang amat ngeri, melepaskan dendam kesumatnya terhadap kanak-kanak, perempuan, dan orang banyak yang tiada ikut berperang, serta membinasakan segala sarana yang utama di Jalur Gaza. Kejahatan yang sedemikian telah mendatangkan maut bagi lebih daripada 74.000 jiwa daripada kaum kita dan melukai 175.000 orang, di samping berpuluh-puluh ribu orang tawanan yang meringkuk di dalam penjara Kaum Penjajah, serta ribuan jiwa lainnya yang gaib entah ke mana.

Segala perbuatan zalim ini telah tersurat dengan nyata, tiada akan hapus oleh berlalunya masa, dan hanyalah akan memperteguh niat kaum kita untuk menuntut kembali hak-hak mereka.

Keempat: Pemusnahan bangsa itu belumlah lagi berhenti; bahkan penjajah meneruskannya dengan jalan yang baharu, mengubah pembunuhan, kepungan, dan perampasan keperluan hidup menjadi apa yang dinamakan "pemusnahan bangsa secara diam-diam."

Semenjak perjanjian penghentian perang dijalankan, penjajah telah membunuh hampir 1.500 jiwa kaum Palestina dan melukai lebih daripada 5.000 orang. Pada masa yang sama, aniaya tetap berjalan di Baitul Muqaddis dan Tepi Barat, sedang Tentara Penjajah melakukan pelanggaran, penangkapan, dan peruntuhan rumah-rumah. Sementara itu, Kaum Pendatang Haram daripada pihak penjajah semakin menambah serangan mereka terhadap orang banyak, harta benda, dan tanah-tanah milik kaum kita—dalam maksud yang bertujuan hendak mengusir kaum kita dan memantapkan kedudukan Kaum Pendatang Haram di atas bumi tersebut.

Kelima: Segala kejahatan pihak penindas telah mendatangkan kerusakan yang cepat bagi keabsahan kaum Zionis dan merosotkan sokongan terhadap mereka dalam keadaan yang belum pernah terjadi memutus tawarikh, bahkan di antara sekutu setianya di alam Barat. Perbuatan keluarnya para utusan daripada sidang Majelis Umum Persyarikatan Bangsa-Bangsa menjadi tanda yang terang bahwasanya mereka telah berubah menjadi golongan yang dibenci lagi tersisih, serta menjadi beban moral dan siasat bagi isi alam sekaliannya.

Keenam: Kami akan tetap berjalan terus dalam usaha membangun siasat perjuangan yang seia sekata, yang diikuti oleh segala kekuatan Palestina, sebagai satu-satunya jalan untuk menghadapi maksud-maksud daripada Pemerintah Penjajah yang zalim itu.

Ketujuh: Kami memuji segala gerakan antar bangsa yang semakin hari semakin bertambah besar untuk memutuskan hubungan dengan Kaum Penjajah, baik terhadap badan-badan keilmuan, perniagaan, maupun ketenteraman mereka. Kami meminta dengan sangat kepada orang-orang yang merdeka di seluruh pelosok alam untuk memperkuat gerakan badan-badan dan orang banyak ini, guna memperdalam keterasingan mereka serta membawa perkara golongan tersebut ke hadapan mahkamah antarbangsa.

Kedelapan: Harakah Hamas beserta golongan-golongan perlawanan Palestin sekali lagi menetapkan janji mereka untuk menuruti segala kewajiban yang tersurat dalam perjanjian penghentian perang, serta ketetapan hati mereka—bersama-sama dengan para perantara—untuk menjaga keselamatan jalannya perjanjian itu.

Di tengah-tengah pelanggaran yang nyata dan peperangan yang berencana yang tiada putus-putusnya dilakukan oleh musuh untuk mempersempit kepungan serta memperberat marabahaya kemanusiaan yang menimpa orang banyak, kami menuntut pemerintah Amerika Serikat dan para perantara untuk memaksa pihak penjajah menuruti kewajibannya dan menjalankan rencana jalan yang telah disetujui oleh Harakah ini.

Maksud daripada segala perkara ini tiada lain ialah mencapai penghentian yang sempurna bagi segala rupa aniaya, menyampaikan bantuan bagi kaum kita, serta membangun kembali apa-apa yang telah dibinasakan oleh pihak penjajah.

Kesembilan: Kami menyerukan kepada Mahkamah Pidana Antarbangsa dan Mahkamah Keadilan Antarbangsa untuk mengadili para pelaku pemusnahan bangsa itu—terutama penjahat perang Netanyahu, para menteri daripada Pemerintah Penjajah yang zalim itu, dan sekutu tentara kriminalnya—serta menjaga supaya mereka tiada lepas daripada hukuman, menurut undang-undang antarbangsa dan keadilan bagi anak Adam sekaliannya.

Kesepuluh: Bahwasanya bangsa Arab dan umat Islam ialah kekuatan siasat yang utama dan penyokong bagi perjuangan kami. Kami menyerukan kepada mereka, serta sekalian bangsa yang merdeka di atas dunia, untuk menggerakkan segala jalan penekanan, membangkitkan kembali gelombang persaudaraan yang kukuh serta gerakan orang banyak untuk menentang pemusnahan bangsa, pengusiran paksa, dan kelaparan, serta menyokong keteguhan hati kaum kita dan hak mereka untuk mendapat kebebasan serta kemerdekaan.

Kesebelas: Kami menetapkan bahwasanya kaum kita sedang membela tanah air, hak-hak, tempat-tempat suci, dan hak sah mereka untuk melawan penjajah dengan segala rupa jalan, sampai berakhirnya masa penjajahan, dan berdirinya Negara Palestina yang merdeka, berkuasa penuh, lagi bebas dengan Baitul Muqaddis sebagai ibu negerinya, serta terjaminnya kehidupan yang terhormat bagi kaum kita—dengan tiada kepungan, meriam, ancaman, maupun perintah daripada bangsa asing.

Sebagai Penutup: Pada hari peringatan tiga tahun peristiwa Air Bah Al-Aqsa ini, kami menyampaikan salam takzim kepada para syuhada kita yang gagah berani dan mengenang—dengan rasa megah dan hormat—warisan serta pengorbanan para pemimpin kita yang telah berpulang ke rahmatullah sebagai syuhada; Ismail Haniyeh, Saleh al-Arouri, Yahya al-Sinwar, Mohammed al-Deif, serta sekalian syuhada daripada bangsa dan umat kita, yang darah mereka akan tetap menjadi obor yang menerangi jalan menuju kemerdekaan dan kepulangan ke tanah air kita.

Maka benarlah firman Allah Swt. dalam Kitab-Nya yang suci:

“Dan janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.” (QS. Ali 'Imran: 169)

Sungguh, kemerdekaan itu tiadalah dibeli dengan emas yang berkilauan, melainkan ditebus dengan darah yang mengalir dan jiwa yang ikhlas. Sebagaimana bait syair yang kerap digelorakan oleh para pencinta kebebasan:

Bukanlah mati namanya jika runtuh benteng pertahanan, Sebab di balik puingnya, fajar kemenangan sedang tersenyum. Biar jasad hancur berkalang tanah di medan pengorbanan,
Namun ruh perjuangan, di dada umat tetaplah ranum.

Mudah-mudahan rahmat, kemuliaan, dan kekekalan dilimpahkan kepada para syuhada kita; kesembuhan yang segera bagi mereka yang luka-luka dan sakit; serta kebebasan bagi para tawanan kita yang gagah berani di dalam penjara Kaum Penjajah Zionis. Dan sesungguhnya ini ialah suatu jihad: mendapat kemenangan atau mati syahid...

Islamic Resistance Movement – Hamas
7 Oct. 2026 | Official website - Hamas Movement

 

 

Post a Comment

0 Comments