Video: Klik DISINI
Ketua Gerakan Hamas di Gaza, Al-Akh Al-Mujahid Dr. Khalil Al-Hayya:
Wahai rakyat Palestin di mana sahaja kalian berada, wahai penduduk Gaza yang teguh dan tabah, wahai mereka yang bersabar dan mengharap ganjaran dari Allah, wahai ayah dan ibu para syuhada, anak-anak syuhada, saudara-saudari syuhada, datuk dan cucu syuhada, serta seluruh keluarga para syuhada, wahai rakyat kami, wahai seluruh rakyat kami, wahai mereka yang tetap teguh dan bersabar, wahai gunung-gunung yang kukuh, wahai cahaya mata dalam kehidupan kami.
Pada hari yang mulia ini, pada Hari Kemenangan, Hari Raya Aidilfitri, yang kami harapkan akan tiba dalam suasana kegembiraan di Gaza, kami mengucapkan: Semoga Allah menerima segala amal ibadah kalian.
Dua hari lalu, kami menerima satu cadangan daripada para perantara. Kami menanganinya secara positif dan telah bersetuju dengannya. Kami berharap agar Penjajah Zionis tidak menghalangnya atau menggagalkan usaha para perantara. Kami telah menangani semua tawaran dengan penuh tanggungjawab dan keterbukaan, dengan tujuan mencapai matlamat kami iaitu menghentikan perang.
Seperti biasa, Penjajah Zionis sentiasa berdolak-dalik dan mengelak daripada mencapai persetujuan, dengan tujuan melanjutkan tempoh perang dan memastikan negara mereka bertahan selama mungkin.
Mereka telah menangguhkan dan memperdayakan proses ini selama setahun penuh, menolak untuk mencapai perjanjian kerana penjenayah (kriminal) Netanyahu sedar bahawa kelangsungan pemerintahannya bergantung pada kesinambungan perang ini. Netanyahu telah menggagalkan semua usaha para perantara untuk mencapai perjanjian yang menjamin gencatan senjata sepenuhnya dan penarikan sepenuhnya dari Semenanjung Gaza.
Kami juga telah bekerjasama dengan para perantara bagi memastikan penjajah Zionis menunaikan tanggungjawabnya, namun mereka akhirnya mengkhianati keseluruhan perjanjian selepas tamatnya fasa pertama.
Sumber: Hamas
---------------
Pegawai kanan Hamas, Khalil al-Hayya, menyatakan bahawa kumpulan itu “bersikap positif” dan “menerima” cadangan oleh Mesir dan Qatar untuk menghentikan pertempuran di wilayah tersebut, menurut laporan Al Jazeera.
Media Zionis Israel sebelum ini melaporkan bahawa perjanjian itu akan melibatkan pembebasan lima tahanan Zionis sebagai pertukaran bagi memulakan semula gencatan senjata pada hari pertama Aidil Fitri.
Zionis Israel mengesahkan pada malam Sabtu bahawa ia telah menerima cadangan daripada Mesir dan Qatar, serta telah mengemukakan tawaran balas pada petang Sabtu. Pejabat Benjamin Netanyahu menyatakan bahawa tawaran baharu itu dibuat “dengan penyelarasan penuh bersama AS”.
Sumber: Middle East Eye
0 Comments