Pengantara antarabangsa dan delegasi Hamas berada di Kaherah, pada Selasa, untuk rundingan bagi cuba menghentikan perang di Gaza menjelang permulaan Ramadan.
Utusan dari kumpulan pejuang P4lestin dan Amerika Syarikat (AS) dijangka bertemu dengan pengantara Qatar dan Mesir untuk rundingan hari ketiga bagi gencatan senjata selama enam minggu, pertukaran berpuluh-puluh tebusan untuk ratusan tahanan Palestin dan aliran bantuan kepada Gaza.
Perwakilan Israel setakat ini menjauhkan diri daripada rundingan, walaupun tekanan diplomatik semakin meningkat untuk gencatan senjata sebelum Ramadan yang bermula awal minggu depan.
Media Israel melaporkan, pengantara negara itu memboikot rundingan itu selepas Hamas gagal memberikan senarai tebusan yang masih hidup.
Pemimpin kanan Hamas, Bassem Naim memberitahu AFP, bagaimanapun, butiran mengenai banduan "tidak disebut dalam mana-mana dokumen atau cadangan yang diedarkan semasa proses rundingan."
Sumber: AFP
t.me/duniapalestin
0 Comments