Disaat kita tengah tertawa lepas bersama keluarga dan orang yang disayangi, tatkala kita menyantap hidangan lezat, ketika kita berjabat tangan dan berbagi duit raya bersama handai taulan. Disaat yang sama di belahan bumi barat, saudara kita sedang menahan lapar, mananggung derita, kehilangan orang yang disayangi, dikejar dan bersembunyi, disiksa dengan keji, dan entah apa lagi kekejaman yang ditimpakan kepada mereka.
Tak hendak berkata atau melarang tuan bersenang hati dan riang gembira dalam menyambut hari kemenangan ini. Sekadar mengingatkan agar tuan jangan lupa. Apabila kita diingat oleh orang, tanda ada rasa kasih dan sayang dalam hati, namun apabila tak ada teringat sedikitpun maka alamat hati telah berjauhan.
Selamat berhari raya tuan, selamat menikmati hidangan yang lezat, ziarahilah keluarga, karib, kerabat, serta handai taulan. Habiskanlah cuti raya dengan berpesiar bersama keluarga ke tempat pelancongan yang menyenangkan hati. Tak mesti tuan bermuram durja dan menyiksa diri demi menjaga perasaan hati saudara kita yang tengah di bantai di Palestina.
Jangan lupakan mereka dalam setiap tarikan nafas tuan, dalam setiap untaian do'a yang tuan panjatkan, dalam setiap langkah yang tuan ambil. Banyak orang telah mulai lupa, tengok sahaja, produk zionis sudah kembali mereka beli.
---
0 Comments