Ad Code

Responsive Advertisement

Ghazwul Fikri & Keruntuhan Usmaniyah

𝗞𝗲𝗿𝗲𝗻𝗰𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝗶𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 - 𝗨𝗹𝗮𝗺𝗮' 𝘃𝘀 𝗨𝗹𝗮𝗺𝗮'

Salah satu yang sering dilemparkan terhadap Sultan Abdul Hamid II adalah istibdad (Despotism) malah dalam akhbar Eropah menggelar beliau sebagai the Red Sultan (Sultan yang berdarah kerana kuku besi). Antara perkara yang menjadi persoalan terbesar dan meresap kedalam pemikiran elit Uthmaniyyah ketika itu adalah menyedari konsep parlimen dan constitutionalism yang sedang menjadi arus di Eropah pasca revolusi Amerika dan Perancis. Mereka dari gerakan Uthmaniyah Muda berusaha menekan Sultan untuk melakukan reformasi kerana bagi mereka Edict of Gulhane, Tanzimat tidak menjanjikan perubahan yang dijanji dan diinginkan. 

Satu yang dikritik mereka yang menentang Sultan adalah kerana beliau menggantung parlimen dan perlembagaan 1876 dikenali sebagai Kanûn-ı Esâsî pada tahun 1878. Ini dilihat bertentang dengan semangat Sultan Abdul Hamid II yang menjanjikan perubahan. Namun difahami Sultan Abdul Hamid II melakukan tindakan ini adalah kerana ketidak cekapan parlimen untuk mengambil tindakan segera dan cepat dalam perang Uthmaniyah-Russia 1877-1878. 

Didalam mereka yang menentang tindakan Sultan ini, terdapat mereka dari golongan Ulama' yang berada dalam parlimen serta terlibat dalam CUP (Commitee of Union and Progress) yang berhujah kepada menentang autoriti Sultan. Antaranya ketika itu iaitu Elmalılı Hamdi Yazır, Sheikh Musa Kazım Efendi, Sheikh Mustafa Sabri yang menyokong kepada usaha menolak pemusatan kuasa kepada Sultan. Pada ketika ini bermula perubahan kepada penafsiran ayat "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu." 
Mereka yang menentang kuasa pada sultan ini menerangkan bahawa ayat ini juga menunjukkan kepada pada bolehnya dilaksanakan Parlimen dan perlunya ahl al-hall wa’l-àqd dikalangan orang Islam didalam Parlimen yang mewakili Ummah. Namun disini mereka tidak pernah menolak institusi khilafah. 

Mereka yang menyokong Sultan pula seperti Sheikh Ömer Ziyâeddin Dağıstânî, Sheikh Yusuf Nabhani pula menolak hujahan mereka yang lain ini kerana menurut mereka autoriti itu seharusnya pada Khalifah dan kuasa lain itu telah ada pada Sublime Porte. 

Pergelutan ini akhirnya mengukuhkan pergerakan CUP kerana mempunyai hujah bagi menolak kuasa sultan dan menumbangkan institusi khilafah. Malah ramai dari golongan Ulama', Dervish, Tarekat Sufi dalam CUP yang keluar dari CUP dan menggerakkan counter-revolution menentang CUP seperti Sheikh Mustafa Sabri. 

Segala yang berlaku ini adalah sebahagian dari usaha untuk menyesuaikan diri dengan idea baharu yang terjelma dari Moderniti seperti Hürriyet, Uhuvvet, Müsavat, Adalet serta idea asas kenegaraan terjelma dari idea state of nature Thomas Hobbes. Disini dapat kita lihat bagaimana kesan Modernity ini menjadikan proses sebuah sistem yang lahir dari rahim Modernity jika diusahakan ditempel dengan konsep-konsep lain tanpa difahami zeitgeist nya akan menolak binaan yang tidak compatible dengan tiang atau akarnya.

Gambar 1 : Sheikh Mustafa Sabri - Sheikhul Islam terakhir Uthmaniyyah

Gambar 2 : Sheikh Yusuf Nabhani - Alim Lebanon

Gambar 3 : Sheikh Ömer Ziyâeddin Dağıstânî - Alim Dagestan

Gambar 4 : Sheikh Musa Kazım Efendi - Sheikhul Islam sebelum Sheikh Mustafa Sabri

Gambar 5 : Elmalılı Hamdi Yazır - Sheikhul Islam yang bertanggungjawab dalam Hal Fatwa yang dijadikan alasan oleh sekelompok golongan revolusi untuk menurunkan Sultan Abdul Hamid II.

Muhammad Amirul Asyraf
Setiausaha dan Penyelidik PEMIKIR

========

𝗪𝗘𝗕𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗭𝗜𝗢𝗡𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗧𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗜𝗟𝗔𝗙𝗔𝗛
bit.ly/duniapalestin003

Post a Comment

0 Comments