Ad Code

Responsive Advertisement

Mengenang Hind Rajab


Hind Rajab dibunuh ketika berusia 6 tahun, dengan lebih 300 peluru ditemui dalam jenazah beliau. Mereka bukan sekadar nombor, tetapi nama dan kisah mereka perlu diingati.

Sudah setahun sejak Hind Rajab yang berusia 6 tahun dibunuh dengan kejam oleh tentera penjajah Zionis Israel yang melepaskan 335 peluru ke arahnya dari sebuah kereta kebal. Dia terperangkap dalam sebuah kereta bersama keluarganya di Bandar Gaza ketika cuba melarikan diri dari pembunuhan beramai-ramai.


Hind sedang berbual di telefon dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) hampir enam jam, merayu bantuan selepas tentera Zionis Israel menembak ahli keluarganya. Sepanjang perbualan itu, bunyi tembakan kedengaran sebelum komunikasi terputus.

Ambulans penyelamat dihantar untuk menyelamatkannya, namun kemudian ditemui musnah dengan mayat dua paramedik di dalamnya. Beberapa hari kemudian, mayat Hind ditemui di dalam kereta yang sama bersama ahli keluarganya yang telah meninggal dunia.

Sumber: TRT World



Post a Comment

0 Comments