---------------
Pertukaran ini adalah sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata selepas kempen pembunuhan beramai-ramai selama 15 bulan Zionis Israel di Gaza yang membunuh lebih 47,000 rakyat Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Sumber: TRT World
Gerakan Hamas:
Dalam rangka perjanjian (Taufan al-Ahrar), pejuang telah membebaskan tiga tahanan musuh Zionis, salah seorang daripadanya yang memiliki kewarganegaraan Amerika, sebagai pertukaran untuk pembebasan satu lagi kumpulan tahanan kita.
• Operasi penyerahan hari ini berlangsung di hadapan pentas yang memaparkan gambar-gambar para pemimpin syahid, Deif dan rakan-rakan beliau yang merupakan anggota Majlis Ketenteraan, sebagai pesanan janji dan kesetiaan bahawa para pejuang al-Qassam akan terus berada di jalan ini dan meneruskan perjuangan.
• Walaupun dalam keadaan yang sukar, Briged al-Qassam memastikan penyediaan rawatan kesihatan yang diperlukan untuk tahanan yang memiliki kewarganegaraan Amerika dan menderita pelbagai penyakit.
Sumber: Anadolu Agency
-------------------
Gerakan Hamas:
• Gambar-gambar sokongan orang ramai dan perarakan besar yang meraikan pencapaian ini adalah satu referendum sebenar terhadap jalan perjuangan sebagai cara untuk membebaskan tanah dan tempat suci.
• Keadaan fizikal dan psikologi yang baik yang ditunjukkan oleh tahanan musuh membuktikan nilai-nilai perlawanan kami dan komitmen moral kami terhadap tahanan, sementara penjajahan yang zalim melakukan pelanggaran yang paling kejam terhadap tahanan kami di penjara.
• Kejayaan perjuangan dalam melaksanakan proses pertukaran keempat hari ini dengan penuh kreativiti dan kebanggaan adalah pengukuhan terhadap nilai-nilai dan komitmennya terhadap syarat perjanjian, dan kami menyeru untuk memberi tekanan kepada penjajah agar mematuhi protokol kemanusiaan dan tidak menangguhkannya atau mengelak.
Sumber: TV Al-Aqsa
--------------------
Sumber: Hamas
0 Comments