Ad Code

Responsive Advertisement

Kepengecutan Zionis

 


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Siaran Akhbar Hamas

Saudara mujahid Tuan Ismail Haniyeh, Ketua Biro Politik Hamas, menerima panggilan daripada Timbalan Setiausaha Agung Hizbullah, Sheikh Naim Qassem, bagi pihak Setiausaha Agung Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah dan kepimpinan partai, di mana beliau mengucapkan takziah atas kesyahidan beberapa anak dan cucu Tuan Ismail Haniyeh akibat pengeboman Zionis yang khianat.

Sheikh Naeem Qassem menegaskan bahawa buah pengorbanan ini akan menjadi kemenangan bagi penduduk Gaza, mujahid di sana, dan seluruh Palestina dan dunia.

Tuan Haniyeh menegaskan semasa panggilan tersebut bahawa pembunuhan pengecut ini hanya meningkatkan keazaman, dan keazaman kita untuk berjihad dan menentang sehingga pembebasan, iaitu sama ada kemenangan atau syahid.

Rabu: 1 Syawal 1445 Hijrah
Bersamaan: 10 April 2024

Sumber: Hamas

=========
Tiga Putera Tuan Ismail Haniyeh yang Syahid


Wartawan Saluran 14 Zionis Israel mengulas mengenai pembunuhan anak-anak dan cucu Ketua Biro Politik Hamas, Tuan Ismail Haniyyah dengan menulis: "Anda akan menghapuskan ingatan Amalek", membayangkan untuk menghapuskan keturunan rakyat Palestin.

Sumber: Quds News Network

=========
Dalam temu bual dengan Al-Jazeera, Tuan Ismail Haniyeh berkata bahawa darah anak lelakinya tidak lebih berharga daripada darah rakyat Palestina, yang dibunuh oleh Penjajah Zionis Israel.

Sumber: Quds News Network
=========


"Semoga Allah SWT permudahkan urusan mereka (keluarga Haniyeh yang syahid)".

Seperti mana Ismail Haniyeh mendoakan kemudahan buat keluarga beliau, begitulah juga kita mendoakan kesabaran dan kekuatan buat keluarga Ismail Haniyeh dan keseluruhan warga Gaza yang kehilangan ahli keluarga mereka.

𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸
=========
=========


Post a Comment

0 Comments