--------------------
Hamas dan pihak pejuang telah membuktikan kesungguhan mereka dalam melaksanakan perjanjian dengan penuh tanggung jawab. Namun, penjajah dan pemerintahan Netanyahu terus berlengah dan mencari alasan untuk mengelak daripada melaksanakan perjanjian tersebut terutamanya dalam aspek kemanusiaan.
-------------------
Pergerakan dan pihak pejuang telah memutuskan untuk menyerahkan 4 mayat tawanan penjajah pada hari Khamis, 20 Februari ini. Sebagai balasan, Penjajah Zionis akan membebaskan sejumlah rakyat kami yang mereka tawan pada hari Sabtu, 22 Februari, mengikut perjanjian yang telah dipersetujui.
Serah terima mayat yang dipersetujui dalam tahap pertama akan diselesaikan pada minggu keenam. Sementara itu, pada hari Sabtu, 22 Februari ini, serah terima 6 tawanan penjajah yang masih hidup dan termasuk dalam tahap pertama perjanjian akan dibebaskan. Sebagai gantinya, musuh akan membebaskan sejumlah rakyat kami yang setara, sebagaimana yang telah dipersetujui.
Sumber: Watan Media
0 Comments