“Apa yang dilakukan di Gaza, diulang kembali di Jenin.”
Penjajah meletupkan puluhan rumah di Kem Pelarian Jenin.
Sumber: TV Al-Aqsa
Tentera Zionis Israel mengebom blok kediaman di kem pelarian Jenin, menyasarkan infrastruktur untuk menjadikan kawasan itu tidak boleh didiami
Sama seperti tindakan mereka di Gaza, seorang pegawai Palestin menyatakan bahawa rejim Zionis Israel sedang berusaha untuk memusnahkan kem itu.
Sumber: Anadolu Agency
Ketua Perbandaran Jenin, Mohammad Jarrar: Serangan semasa Zionis Israel adalah yang terbesar dan merupakan jelmaan semula apa yang berlaku di Gaza. Jika serangan berterusan, bandar itu akan bertukar menjadi kawasan yang musnah dan tidak boleh didiami sepenuhnya.
Sumber: Quds News Network
----------------------
Operasi perobohan oleh tentera Zionis Israel yang bertindak meletupkan bangunan di kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki memusnahkan kira-kira 20 struktur bangunan, lapor agensi berita Palestin.
0 Comments