Ad Code

Responsive Advertisement

Perundingan masih berlangsung

 

Bassem Naim – Anggota Biro Politik Hamas

Perundingan dengan perantara masih berlangsung untuk mencapai kesepakatan atau rencana untuk keluar dari krisis semasa. Hamas berinteraksi dengan penuh tanggungjawab, keterbukaan dan fleksibiliti terhadap sebarang rencana baharu, dengan syarat bahawa sebarang gencatan senjata mesti membawa kepada penghentian perang dan pengunduran tentera musuh sepenuhnya.

Tidak boleh diterima jika perjanjian hanya berupa gencatan senjata sementara dan penyerahan tawanan dengan imbalan makanan dan minuman, kemudian kembali berperang dan meneruskan rancangan pengusiran dengan alasan baharu.

Apa yang berlaku di Tepi Barat adalah pembunuhan, pengusiran, dan peranpasan tanah membuktikan bahawa masalah bukan hanya di Gaza dan rakyatnya, tetapi pada dasarnya ia adalah sebahagian daripada rancangan musuh untuk melenyapkan kewujudan rakyat Palestin serta hak mereka di tanah air sendiri.

Sumber: TV Al-Aqsa




Post a Comment

0 Comments